1. Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftaran dalam tempoh sah laku
3. Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dan di dalam wilayah KEDA
4. Pemohon yang mempunyai premis perniagaan atau bengkel operasi diberikan keutamaan
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PROJEK PERTANIAN, SAWAH DAN PELANCONGAN
i. Warganegara Malaysia dan terhad kepada satu permohonan sahaja.
ii. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
iii.Bukan PENJAWAT AWAM.
iv. Terbuka kepada petani/ penternak/ pengusaha/ lokasi di dalam wilayah KEDA sahaja.
v. Tanah milik/pajak/sewa (mendapat kebenaran bertulis pemilik tanah), tanah TOL (temporary occupational lease) dan tanah kerajaan yang telah mendapat kelulusan untuk diusahakan.
vi. Tiada tentangan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti setempat.
vii.Projek telah atau sedang beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
viii.Pemohon bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.
ix. Keutamaan pemohon yang telah mengikuti mana-mana kursus berkaitan projek
x. Mempunyai daya tarikan pengunjung (mempunyai sumber-sumber semulajadi untuk dibangunkan), berdaya maju dan menguntungkan serta lokasi yang mempunyai kombinasi konsep agro dan pelancongan diutamakan untuk permohonan projek pelancongan.
xi. Mempunyai institusi pengurusan yang berupaya merancang, melaksanakan aktiviti dan dapat menguruskan perjalanan operasi dan
pentadbiran dengan baik bagi permohonan pelancongan sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
Individu
1. Peserta terdiri daripada penduduk miskin luar bandar di kawasan operasi KEDA yang mempunyai asas projek.
2. Keutamaan hendaklah diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang produktif, tidak uzur, telah tamat persekolahan atau tidak bersekolah lagi semasa permohonan dibuat serta:
a) Mempunyai pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang berkaitan.
b) KIR / IT yang mempunyai tanggungan yang ramai.
c) Menjaga/mempunyai anggota keluarga yang istimewa/anak yatim piatu dan tidak menerima sebarang bantuan projek ekonomi/ kebajikan bulanan daripada mana-mana jabatan/organisasi/institusi bantuan.
d) Wajib menjalani kursus persediaan/latihan pra-pelaksanaan projek yang dianjurkan KEDA.
Institusi
1. Pemilihan peserta bagi kategori institusi terdiri daripada institusi Pasukan Perancang dan Pelaksana Projek (4P) Desa KEDA, Koperasi Desa-desa KEDA, Jawatankuasa Pengurusan Surau Desa KEDA, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Persatuan.
2. Keutamaan diberikan kepada 4P Desa KEDA dan Koperasi Desa KEDA serta:
a) Mempunyai pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang berkaitan; dan
b) Memberi manfaat kepada ahli/ anggota 4P atau Koperasi.